Bacaan Do’a Qunut Subuh Lengkap Arab, Latin dan Artinya

Teman-teman pasti sudah tahu kan apa itu do’a Qunut? Kata Qunut sendiri berasal dari kata “Qanata” yang memiliki arti patuh dalam mengabdi (kepada Allah). Islam membagi do’a qunut menjadi dua.

Pertama qunut nazilah yaitu do’a qunut yang dilakukan atau dibaca ketika adanya musibah. Kedua qunut sholat yaitu do’a qunut yang dibaca pada waktu i’tidal (berdiri setelah ruku’) setiap akhir roka’at pada sholat subuh dan sholat whitir.

BACA JUGA: 10 Keistimewaan Sholat Shubuh

Adapun hukum membaca do’a qunut yaitu sunah muakkad (ab’ad) atau sunah yang dituntut untuk dilakukan dan bila lupa tidak membacanya disunahkan untuk sujud syahwi. Tetapi para imam dan ulama mazhab berbeda pendapat tentang pelaksanaan do’a qunut.

Dan berikut adalah lafadz do’a qunut lengkap dalam bahasa arab, do’a qunut bahasa latin dan terjemahan artinya dari do’a qunut.

Bacaan Do’a Qunut untuk Sholat Subuh

doa qunut saat sholat
www.youtube.com

Bacaan Do’a Qunut Bahasa Arab

اللّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ, وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ, وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ, وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَ, وَقِنِيْ بِرَحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ. فَإِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ, وَإِنَّهُ لاَيَذِلُّ مَنْ وَّالَيْتَ, وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ, تَبَا رَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ, فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ, أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ, وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

Bacaan Do’a Qunut Latin

Allah hummah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii birohmatika syarramaa qadhait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadhait.
Astaghfiruka wa atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammad. Wa’ala alihi wasahbihi Wasallam.

Arti Do’a Qunut

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Jika kamu menjadi imam, kamu perlu membaca dan mengubah kalimat tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimat-kalimat tersebut, hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan amin saja. Kalimat-kalimat tersebut yaitu:

“Allah humah dini” kepada  “Allah humah dina”
“Wa’a fini ” kepada “Wa’a fina ”
“Watawallani” kepada “Watawallana”
“Wabarikli”  kepada “Wabariklana”
“Waqinii” kepada “Waqina”

Terlupa Membaca Do’a Qunut

islam.ryan-isra.net
islam.ryan-isra.net

Perkara ini sering berlaku kepada kita pada saat sholat subuh yaitu terlupa untuk membaca do’a qunut dan terus sujud. Jadi sah atau tidak sholat kita. Sholat kita sah kerana membaca do’a qunut itu sunah. Tetapi disunahkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca do’a qunut merupakan sunah aba’ad.

Cara Melakukan Sujud Syahwi

  • Sujud syahwi dilakukan setelah selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
  • Melakukan sujud sebanyak dua kali.
  • Pada kedua-dua sujud berikut membaca tasbih berikut ini:

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ

” Subhaana man laa yanaa mu walaa yashu ”

Artinya : Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.


Posted

in

by